Rabu, 21 Disember 2016

SEJARAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK


(Dahulu dikenali ‘Sekolah Perempuan Seberang Perak’)


Sekolah ini dibuka pada 23hb November 1907 oleh Ku Yahya bin Ku Zainal Abidin, Penguasa Pelajaran Kedah yang pertama. Pada mulanya sekolah ini menggunakan sebuah rumah yang disewa di Jalan Baharu (kini Jalan Putera). Guru pertama yang mengajar ialah Che Aminah dari Pulau Pinang. Pada hari pertama hanya terdapat 5 orang murid sahaja. Pelajaran yang diajar ialah menulis dan membaca Jawi, kira-kira, sulam-menyulam dan kait-mengait. Ini dijalankan di sebelah pagi sementara di sebelah petang pula diajar membaca Al-Quran.

Pada tahun 1908, sekolah ini ditutup beberapa minggu akibat serangan kolera. Seterusnya pada tahun 1911, gangguan pemuda-pemuda terhadap guru dan murid-murid menyebabkan sekolah ini terpaksa berpindah ke Kampung Perak. Perpindahan ini juga adalah kerana bangunan yang sedia ada terlalu buruk. Pada tahun 1914, sekolah ini berpindah ke Jalan Kanchut dan seterusnya ke Lorong Thean Kee pada tahun berikutnya. Sekolah ini kemudiannya berpindah pula ke Kota Tanah. Akhir sekali pada tahun 1926, ketika E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran Negeri, sekolah ini berpindah ke Seberang Perak dan kekal hingga kini.
Di antara yang pernah belajar di sini ialah Rafeah Mohamad dan Habsah Mohamad iaitu kakak kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sementara Dr. Mahathir sendiri pula ialah bekas pelajar Sekolah Seberang Perak Lelaki.

Sekolah ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak Iangsung dibenarkan pada zaman sebelum Perang DuniaKedua.

Sekolah ini dibuka pada 23 November 1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Baharu, Alor Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid perempuan sahaja yang hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar.



Jadual waktu persekolahannya adalah seperti berikut:

7.00 pagi — 9.00 pagi Tulisan & Bacaan Jawi dan Kira-kira

9.00 pagi — 11.30 pagi Jahitan sulaman dan kait-mengait
1.00 tengahari — 4.00 petang Kelas membaca Al-Quran


Dalam masa sebulan yang pertama, murid-murid didapati kian bertambah sehingga berjumlah 30 orang dan jumlah tersebut berlarutan sehingga ke penghujung tahun 1915/1334 H. Dalam tahun 1911/1329 H, guru bertambah seorang lagi berkemungkinan bernama Che Jah kerana beliau sudah biasa membantu Che’ Aminah. Pihak sekolah juga mengupah seorang tukang kebun untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan sekolah.

Sebagai Penguasa Pelajaran, Tunku Yahya sangat mengambil berat tentang kemajuan sekolah ini. Bagaimanapun, beliau tidak berupaya menambahkan bilangan mund menjadi lebih daripada 30 orang. Ini disebabkan sikap penduduk ketika itu yang tidak gemar menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Ibu bapa pada masa itu lebih suka anak mereka membuat kerja-kerja di rumah sahaja.



Pada penghujung tahun 191 1/1 329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa Pelajaran Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini disebabkan kerosakan bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan masalah murid-murid perempuan yang kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt. Abdul Rahim Khan.



Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun 1914/1333H. Pada masa ini tukang kebun telah diberhentikan kerana sikapnya yang malas. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau berpendapat bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Titi Batu, Sungal Korok dan Seberang Perak.Jadi, dalam tahun 1915/1334H sekolah ini telah berpindah ke Lorong Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak-kanak Gina mendaftar diri untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot Tanah (berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri.


Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H, sekolah ini sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang kekal hingga ke hari ini . Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang Perak ini juga disebut sebagal “Malay Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri, iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya ialah tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini . 




Bahagian bawah bangunan sekolah diturap simen sebagai tempat murid-murid bermain. Sebuah rumah guru juga disediakan di belakang bangunan sekolah. Kawasan sekolah dipagari dengan dinding pelupuh (dibuat daripada buluh) supaya murid-murid perempuan terlindung dari pandangan ramai. Pagar dinding pelupuh ini digunakan hinggalah ke akhir tahun 1950-an. Sekolah ini pada mulanya hanya menyediakan pendidikan bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 4.

Apabila bilangan murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan juga digunakan sebagal tempat belajar, walaupun tanpa dinding. Di sekitar tahun 1940-an, ramai murid terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru kerana sekolah tidak mampu menampung bilangan murid yang ramai.

Pada zaman sebelum merdeka, persekolahan di sekolah ini hanyalah setakat Darjah 5 sahaja. Selepas merdeka, barulah dilanjutkan hingga ke Darjah 6. Zaman gemilang sekolah ini ialah dalam tahun 1950-an, dengan kemasukan ramai anak pembesar negeri termasuk Tunku Sakinah adinda YM Sultan Kedah Darul Aman. Di masa itu juga telah didirikan sebuah bangunan yang dikenali sebagai ‘rumah urusan’ sebagai tempat bertuanpunya kegiatan masak-memasak dan mengurus rumah tangga bagi murid-murid perempuan di Alor Setar. Sekolah ini juga telah menjadi pusat kegiatan guru-guru Melayu, persatuan-persatuan dan sebagainya. Sebuah gelanggang badminton juga telah dibina untuk kegiatan sukan murid-munid dan guru-guru di Alor Setar.

Dalam tahun 1960-an, bangunan sekolah diubahsuai untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Bahagian bawah bangunan telah dipasang dinding dawai dan bidai digunakan untuk melindungi murid-murid daripada panas dan tempias hujan. Selain bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar dan bilik guru juga ditempatkan di bahagian bawah. Sebuah kantin kecil (tuckshop) juga didirikan untuk kemudahan munid-murid yang selama ini tidak mempunyai tempat makan yang tetap.Pada akhir tahun 1970-an, Jabatan Pendidikan telah meluluskan peruntukan membina dinding batu untuk pejabat dan bilik Guru Besar, memandangkan ianya terdedah kepada hujan dan keadaannya yang semakin uzur.

Dalam tahun 1980-an, rumah urusan telah dijadikan perpustakaan pada tahun 1983, dua blok bangunan telah didirikan, mengandungi empat bilik darjah dan tandas guru dan murid. Tambahan bangunan ini membolehkan Tahun 1 hingga 4 dipindahkan ke bangunan baru. Tahun 5 dan 6 kekal di bangunan lama.Tahun 1987, semua dinding dawai di bahagian bawah telah digantikan dengan dinding batu. Beberapa ubahsuai dibuat untuk menempatkan bilik kelas pemulihan, bilik TV, bilik sembahyang dan bilik rehat guru.

Kantin lama telah dirobohkan pada 15hb Ogos 1992 dan bangunan kantun baru mulai didirikan pada 2Ohb Ogos 1992. Mulai 2Ohb April 1993, kantin baru mulai beroperasi sepenuhnya.Sehingga sekarang, sekolah ini mempunyai keluasan 160m x 50m, dengan 3 buah bangunan sekolah, sebuah kantin, sebuah bilik Sains dan sebuah makmal komputer. 

PENGASAS SEKOLAH

Pengasas sekolah ini ialah Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin, yang merupakan Penguasa Pelajaran yang pertama bagi negeri Kedah. Beliau yang dilantik memegang jawatan itu pada tahun 1906/1324 H, telah berusaha menubuhkan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di Alor Star, walaupun sambutan daripada ibu bapa pada masa itu sangat tidak memuaskan.Beliau sangat mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan sekolah ini dan berusaha untuk menambah bilangan murid sekolah ini sepanjang beliau menjadi Penguasa Pelajaran. (Setakat ini sejarah hidup beliau sukar dikesan)













Tiada ulasan:

Catat Ulasan