SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK
(Dahulu dikenali ‘Sekolah
Perempuan Seberang Perak’)
Sekolah ini dibuka pada 23hb November 1907 oleh Ku Yahya bin Ku
Zainal Abidin, Penguasa Pelajaran Kedah yang pertama. Pada mulanya sekolah ini
menggunakan sebuah rumah yang disewa di Jalan Baharu (kini Jalan Putera). Guru
pertama yang mengajar ialah Che Aminah dari Pulau Pinang. Pada hari pertama
hanya terdapat 5 orang murid sahaja. Pelajaran yang diajar ialah menulis dan
membaca Jawi, kira-kira, sulam-menyulam dan kait-mengait. Ini dijalankan di
sebelah pagi sementara di sebelah petang pula diajar membaca Al-Quran.
Pada tahun 1908, sekolah ini ditutup beberapa minggu akibat
serangan kolera. Seterusnya pada tahun 1911, gangguan pemuda-pemuda terhadap
guru dan murid-murid menyebabkan sekolah ini terpaksa berpindah ke Kampung
Perak. Perpindahan ini juga adalah kerana bangunan yang sedia ada terlalu
buruk. Pada tahun 1914, sekolah ini berpindah ke Jalan Kanchut dan seterusnya
ke Lorong Thean Kee pada tahun berikutnya. Sekolah ini kemudiannya berpindah
pula ke Kota Tanah. Akhir sekali pada tahun 1926, ketika E.A.G. Stuart menjadi
Penguasa Pelajaran Negeri, sekolah ini berpindah ke Seberang Perak dan kekal
hingga kini.
Di antara yang pernah belajar di sini ialah Rafeah Mohamad dan
Habsah Mohamad iaitu kakak kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sementara Dr.
Mahathir sendiri pula ialah bekas pelajar Sekolah Seberang Perak Lelaki.
Sekolah
ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri
Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak
Iangsung dibenarkan pada zaman sebelum Perang DuniaKedua.
Sekolah
ini dibuka pada 23 November 1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku
Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal
sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Baharu, Alor
Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid perempuan sahaja yang
hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada mulanya sekolah
ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar.
Jadual waktu persekolahannya adalah seperti berikut:
7.00 pagi — 9.00 pagi Tulisan & Bacaan Jawi dan Kira-kira
9.00 pagi — 11.30 pagi Jahitan sulaman dan kait-mengait
1.00 tengahari — 4.00 petang Kelas membaca Al-Quran
Dalam
masa sebulan yang pertama, murid-murid didapati kian bertambah sehingga
berjumlah 30 orang dan jumlah tersebut berlarutan sehingga ke penghujung tahun
1915/1334 H. Dalam tahun 1911/1329 H, guru bertambah seorang lagi berkemungkinan
bernama Che Jah kerana beliau sudah biasa membantu Che’ Aminah. Pihak sekolah
juga mengupah seorang tukang kebun untuk menjaga kebersihan dan kecantikan
kawasan sekolah.
Sebagai
Penguasa Pelajaran, Tunku Yahya sangat mengambil berat tentang kemajuan sekolah
ini. Bagaimanapun, beliau tidak berupaya menambahkan bilangan mund menjadi
lebih daripada 30 orang. Ini disebabkan sikap penduduk ketika itu yang tidak
gemar menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Ibu bapa pada masa itu lebih
suka anak mereka membuat kerja-kerja di rumah sahaja.
Pada penghujung tahun 191 1/1 329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa
Pelajaran Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini
disebabkan kerosakan bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan
masalah murid-murid perempuan yang kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru
sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt. Abdul Rahim Khan.
Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun
1914/1333H. Pada masa ini tukang kebun telah diberhentikan kerana sikapnya yang
malas. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah
mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau
berpendapat bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan
dengan Titi Batu, Sungal Korok dan Seberang Perak.Jadi, dalam tahun 1915/1334H
sekolah ini telah berpindah ke Lorong Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat
Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak-kanak Gina mendaftar diri
untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot Tanah
(berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor
Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri.
Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H,
sekolah ini sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang
kekal hingga ke hari ini . Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan
Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang Perak ini juga disebut sebagal “Malay
Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri,
iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya ialah
tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini .
Bahagian bawah bangunan sekolah diturap simen sebagai tempat murid-murid
bermain. Sebuah rumah guru juga disediakan di belakang bangunan sekolah.
Kawasan sekolah dipagari dengan dinding pelupuh (dibuat daripada buluh) supaya
murid-murid perempuan terlindung dari pandangan ramai. Pagar dinding pelupuh
ini digunakan hinggalah ke akhir tahun 1950-an. Sekolah ini pada mulanya hanya
menyediakan pendidikan bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 4.
Apabila bilangan murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan juga digunakan
sebagal tempat belajar, walaupun tanpa dinding. Di sekitar tahun 1940-an, ramai
murid terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru kerana sekolah
tidak mampu menampung bilangan murid yang ramai.
Pada zaman sebelum merdeka, persekolahan di sekolah ini hanyalah setakat Darjah
5 sahaja. Selepas merdeka, barulah dilanjutkan hingga ke Darjah 6. Zaman
gemilang sekolah ini ialah dalam tahun 1950-an, dengan kemasukan ramai anak
pembesar negeri termasuk Tunku Sakinah adinda YM Sultan Kedah Darul Aman. Di
masa itu juga telah didirikan sebuah bangunan yang dikenali sebagai ‘rumah
urusan’ sebagai tempat bertuanpunya kegiatan masak-memasak dan mengurus rumah
tangga bagi murid-murid perempuan di Alor Setar. Sekolah ini juga telah menjadi
pusat kegiatan guru-guru Melayu, persatuan-persatuan dan sebagainya. Sebuah
gelanggang badminton juga telah dibina untuk kegiatan sukan murid-munid dan
guru-guru di Alor Setar.
Dalam tahun 1960-an, bangunan sekolah diubahsuai untuk menampung jumlah murid
yang semakin bertambah. Bahagian bawah bangunan telah dipasang dinding dawai
dan bidai digunakan untuk melindungi murid-murid daripada panas dan tempias
hujan. Selain bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar dan bilik guru juga
ditempatkan di bahagian bawah. Sebuah kantin kecil (tuckshop) juga didirikan
untuk kemudahan munid-murid yang selama ini tidak mempunyai tempat makan yang
tetap.Pada akhir tahun 1970-an, Jabatan Pendidikan telah meluluskan peruntukan
membina dinding batu untuk pejabat dan bilik Guru Besar, memandangkan ianya
terdedah kepada hujan dan keadaannya yang semakin uzur.
Dalam tahun 1980-an, rumah urusan telah dijadikan perpustakaan pada tahun 1983,
dua blok bangunan telah didirikan, mengandungi empat bilik darjah dan tandas
guru dan murid. Tambahan bangunan ini membolehkan Tahun 1 hingga 4 dipindahkan
ke bangunan baru. Tahun 5 dan 6 kekal di bangunan lama.Tahun 1987, semua
dinding dawai di bahagian bawah telah digantikan dengan dinding batu. Beberapa
ubahsuai dibuat untuk menempatkan bilik kelas pemulihan, bilik TV, bilik
sembahyang dan bilik rehat guru.
Kantin lama telah dirobohkan pada 15hb Ogos 1992 dan bangunan kantun baru mulai
didirikan pada 2Ohb Ogos 1992. Mulai 2Ohb April 1993, kantin baru mulai
beroperasi sepenuhnya.Sehingga sekarang, sekolah ini mempunyai keluasan 160m x
50m, dengan 3 buah bangunan sekolah, sebuah kantin, sebuah bilik Sains dan
sebuah makmal komputer.
PENGASAS SEKOLAH
Pengasas sekolah ini ialah Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin, yang merupakan
Penguasa Pelajaran yang pertama bagi negeri Kedah. Beliau yang dilantik
memegang jawatan itu pada tahun 1906/1324 H, telah berusaha menubuhkan sekolah
Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di Alor Star, walaupun sambutan
daripada ibu bapa pada masa itu sangat tidak memuaskan.Beliau sangat mengambil
berat tentang perkembangan dan kemajuan sekolah ini dan berusaha untuk menambah
bilangan murid sekolah ini sepanjang beliau menjadi Penguasa Pelajaran.
(Setakat ini sejarah hidup beliau sukar dikesan)